Isnin, 23 Mac 2015

Perniagaan : Ramai yang sudah berjaya tetapi apa dan bagaimana?

Berjaya kali pertama, gagal berkali-kali, gagal dan bangun lagi. Yang mana satukah situasi anda?

Anda ada produk, ada pelanggan sasaran dan jangkaan keuntungan? Bila nak mula dan di mana?

Saya bukan penasihat kewangan dan saya bukan ahli perniagaan. Baru nak berjinak-jinak dalam bidang ni. Darah dalam badan ni bukan darah orang bisnes jutaan ringgit, hanya penjual sayur-sayuran dan buah-buahan kampung. Semenjak dari sekolah lagi aku minat komputer, belajar dalam bidang Sains Komputer, tapi  tak pandai cipta permainan komputer @ software sendiri. Yang aku tau kerja makan gaji dari analyst. Kesudahannya, aku stuck bila terpaksa berhenti kerja. Adeh!

Aku bukan nak berkongsi tips, tapi berkongsi pandangan aku terhahap bidang baru yang nak aku ceburi nih. Jika dipikirkan pasal untung-rugi, lebih banyak rugi dari untungnya, kalau tak mula dari sekarang. Kalau dah mula, camne nak sustain?

Adik-beradik dan ibu, sentiasa bagi suppurt dari kewangan dan kata-kata semangat. Tapi pasal kewangan ni leceh sikit, dengan kata lain..modal senang citer...

Aku nak produk yang lain dari yang lain, rare tapi payah nak cari. Masuk pasar-pasar malam@minggu, yang takde persaingan. Nak jual barang replika takut kena rampas pulak, kalau jual barangan import, kena bayar caj kastam yang tinggi. 

Barangan makanan macam-macam ada, tapi produk kategori ni manja sikit. Perlu ada tempat storagenya kalau tidak, cepat luput belum sempat habis dijual. Jadi, bagaimana?

Aku terpikirkan ide-ide seperti nak buat perniagaan online macam bisnes dropship, bisnes affiliate, bisnes jual topup, content writer untuk blog-blog perniagaan@komersil tapi semua ni perlukan mentor & pengalaman. Aku pernah ada blog/minisite berciri international tapi tiada sambutan. Yang melawat ada, yang membeli takde, zero conversion.  Jadi aku give-up dan tutup laman itu. Sebab tiap-tiap bulan kena bayar khidmat webhosting.

Lepas ni, next post aku ceritakan apa rancangan perniagaan yang akan aku ceburi, cewah! daaa