Selasa, 17 Mei 2016

Reka sendiri pun boleh

Islah IDC

Islah Independent Development Crew

Membuat kerja binaan untuk anda


Ini hanya lakaran pelukis unit banglo setingkat berekabentuk moden dan mampu memberi cetusan inspirasi rekaan anda sendiri. Hubungi kami di 011-35390800 (tak pun tengok-tengokla FB http://tinyurl.com/hyqq58q)

Selasa, 9 Februari 2016

perlu kepada pemasaran digital hakikat biznes

Kenapa pemasaran digital penting?



Perlu atau wujudkah pemasaran digital? Ya, kenyataan yang benar tentang kaedah pemasaran yang perlu ada dan hampir kesemuanya dalam bentuk digital. Setuju, noktah.


     Apa jua pilihan yang anda lakukan untuk memperkenalkan jenama anda adalah marketing atau pemasaran. Setuju atau tidak itulah sebenarnya hakikat perniagaan. Kamu ada akaun facebook,instagram, grup whatsapp dan telegram atau dsbg nya adalah bertujuan untuk memperkenalkan perniagaan kamu pada masyarakat luar. Di era milenial, perniagaan kita bukan sekadar perlu terselit dan tercetak di muka kuning (yellow pages) tapi mesti lebih viral dan universal. perkenalkan secara video introduksi pendek dan mungkin sedikit video animasi. Contoh seperti dibawah.

Islah Digital Creative kini mengorak langkah dengan mempelbagaikan khidmat untuk ditawarkan antaranya pembikinan video berdurasi pendek untuk syarikat yang berminat dan memilih kaedah digital untuk memperkenalkan produk mereka.

Jumaat, 22 Januari 2016

Pengenalan Islah Digital Creative - About Me

Islah Digital Creative - Khidmat Rakan Perniagaan dan Freelance

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung,
Pertama sekali jangan pergi dari laman ini sekiranya enjin carian senaraikan untuk anda di muka 1.

     Islah Digital Creative yang selepas ini akan dikenali sebagai "Islah IDC" adalah sebuah perniagaan milik seorang bekas perunding IT yang pernah berkhidmat selama 6 tahun lebih dengan syarikat perunding IT warga tempatan berbangsa Cina yang bertempat di MidValley, KL.

     Atas dasar dan semangat ingin lebih maju dalam bidang teknologi IT yang lebih dipelopori oleh bangsa bukan Melayu di Malaysia, maka Islah IDC ingin cuba menjadi sebahagian dari mereka yang telah lama bertapak dan yang telah lama menjadi dari sebahagian pemegang marketshares;kecil mahupun besar.

     Melihat kepada situasi pasaran pembekal dan penyedia perkhidmatan IT sekarang, syarikat atau pun perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh warga bumiputera adalah amat sedikit. Dan jika ada, syarikat-syarikat ini telah menguasai dan memenuhi keseluruhan permintaan dari aspek pembekalan dan juga penyediaan apa jua bentuk keperluan dari pihak yang berkenaan di suatu masa dan lokasi.

    


     Sebelum ini Islah IDC memilih blog sebagai cara menyebarkan info perniagaannya melalui getmesomethingplease.blogspot.my, dan kemudian merasakan ianya kurang bersesuaian kerana ia lebih bersifat retailer atau reseller walhal pada dasarnya, produk yang dipaparkan adalah sebahagian dari jual-beli sampingan semata-mata.

     Fokus utama Islah IDC adalah sebagai penyedia khidmat pengaturcaraan dan juga penyedia bahan interaktif; contoh seperti paparan info masjid.

     Tuan-tuan dan puan-puan, Islah IDC bukan sekadar perunding media digital anda bahkan ejen sah syarikat pengeluar penapis air bumiputera pertama di Malaysia ; Hijrah Water Sdn Bhd yang telah memenangi pelbagai anugerah peringkat kebangsaan antaranya ITEX 2014 dan PECIPTA 2015. Layari laman servesyoubetter.blogspot.my untuk maklumat ringkas.

Rabu, 6 Januari 2016

Mana Hendak Cari Susah Dapat Di Malaysia

Barangan Digital Elektronik Pelbagai Fungsi

Beri masa minima 25 hari terus kepada anda

Gajet import dari China

Jangan khuatir kualiti barangan yang anda/kamu lihat disini bukan barang celup atau ciplak. Cuma susah nak dapat kat sini kalau kita ni jenis yang susah sangat nak ke Low Yat KL atau Ipoh Digital Store. IDC boleh bantu tapi kena banyak bersabar la sedikit. Maklumlah barang import, lagipun kena naik kapal atau mel udara dari China. Kalau kamu biasa shopping online, pasti dah terbiasa melihat atau ternampak gajet-gajet cute dan canggih ni.

     Bukan nak mengangkat keistimewaan gajet-gajet ni, tapi bagi pengumpul dan penggemar gajet pasti teruja dan memang sangat-sangat mencari. Apa kata cuba whatsapp kan produk mana yang berkenan ke 011-35390800(T/T)/012-6950498(Celcom)