Khamis, 24 Disember 2015

Bina Dengan Minima RM95K Sahaja Percuma Rekabentuk Rumah Baru

Bila dan Di Mana?

Bajet Anda & Siap Minima 90 Hari

Assalamualaikum w.b.t
Abang-abang, kakak-kakak tinggal di mana? atau 
Nak sambut menantu pertama? atau
cucu-cucu balik saja, penuh rumah? atau
bencana telah rosakkan rumah? atau
Apa sahaja alasan yang perlu untuk bina atau ubahsuai rumah.

Kalau dahulu manusia di zaman awal kehidupan tinggal di dalam gua untuk berlindung dari binatang buas, cuaca buruk dan sebagainya. Manusia terdahulu mula bijak memikirkan bentuk dan struktur yang teguh yang mampu lindungi diri dan kelompok mereka dari ancaman luaran. Mereka melukis di dinding gua gambaran 'shelter' spt yang mereka terfikirkan. Semakin masa dan fitrah manusia berubah, manusia semakin bijak melakarkan dan membina 'shelter' sendiri dan lebih realistik.

     Kalau dahulu masyarakat manusia terawal melukis dan melakar dipelepah daun, di atas daun2, kulit pokok dan di dinding gua, tapi kini setelah manusia berevolusi dan berubah. Kemajuan teknologi mengambil alih peranan ini sejak manusia mengadaptasikan kemampuan teknologi ke atas kehidupan manusia. Dengan visual yang lebih realistik, gambaran 'shelter' kini boleh terus dibayangkan difikiran yang melihat.

     Melihat kepada keadaan sekarang, lebih mengujakan jika promoter bg pihak pemaju menyediakan atau pertontonkan model rumah yang akan/sedang dibangunkan untuk menarik minat pembeli.

     Jika anda/kamu mengidamkan rumah yg seakan-akan yang difikiran, sila hubungi emelkan islahdigitalcreative@gmail.com atau 011-35390800. Rakyat warga Perak dan peminat pasukan T.B.G dialu-alukan.

 

Ahad, 29 November 2015

Mahu Idea Anda Jadi Realiti



Islah Digital Creative

Realisasikan Idea

Reka dan bina

Dapur.

Dapur yg tidak berasap sentiasa kemas, cantik dan tersusun contoh dapur unit showroom. Manakala yg satu lagi susah nak didefinisikan tapi jelas yang nyata berguna semasa duit gaji dah berkurang, sunyi sepi kalau baru lepas dapat gaji.

Itulah lumrah orang makan gaji. Kita sambung perihal dapur ni.

Tempat atau bahagian yang paling sinonim dan fokus utama tukang masak samada rumah, restoran mahupun hotel. Work triangle atau segitiga kerja perlu diberi perhatian kerana di sinilah petunjuk segala kerja dapur itu tersusun, terurus dan lancar dibantu dengan susun-atur yang baik merangkumi keletakan dan kedudukan perkakasan memasak, cooktop, sinki, peti sejuk dan meja makan.
 
Ruang aliran laluan kerja juga amat penting. Ruang dapur yang kecil dan sempit amat memerlukan sistem pengaliran udara yang baik.Pemilihan konsep yang sesuai dapat mengelakkan “kesesakan ruang” daripada berlaku. Untuk menyiapkan makan tengahari sahaja, tak kira siapa yang melaksanakan tugas tersebut, pasti akan berulang-alik dari petisejuk ke sinki dan ke cooktop. Ruang dapur yang sempit pasti tak boleh menempatkan meja makan sekalipun meja bersaiz untuk 4 orang. 

Konsep yang biasa dipilih adalah ‘island’ – kebiasaannya berfungsi sebagai tempat untuk menyediakan dan mencuci bahan masakan. Sediakan kerusi untuk anak,pasangan atau teman untuk menemani anda semasa memasak.

Nasihat saya asingkan dining table dari ruang dapur supaya bau yang tidak enak dari dapur tidak memutuskan selera anda.

Khamis, 5 November 2015

Usah Mimpi Bisnes Jutaan Ringgit


Mulakan dengan kecil

Kita peniaga Melayu mudah lupa


Buku Panduan Peniaga Kecil karangan Tun Dr. Mahathir Mohamad cetakan 1982 ternyata menjawab banyak persoalan kegagalan kebanyakan peniaga-peniaga kecil yang berlaku sekarang. Buku ini patut diberi perhatian dalam proses kerajaan menggalakkan industri asas tani negara. Saranan kerajaan untuk meningkatkan keupayaan industri ini kepada syarikat-syarikat besar satu cadangan yang baik. Bergantung kepada perniagaan kecil-kecilan sering menghadapi kebuntuan apabila peniaga gagal dan kecundang di pasaran yang penuh cabaran.
Kamu amat biasa dengan menanam azam ketika tibanya tahun baru tetapi azam itu tenggelam dalam kekalutan berbagai rintangan yang dihadapi sepanjang tahun. Azam-azam yang lepas masih akan dijadikan azam pada tahun-tahun akan datang sekiranya masalah sikap tidak diberi tumpuan. Memang perkara pokok dalam kegagalan ini adalah sikap, tetapi tidak memadai dengan ungkapan umum, sikap yang dimaksudkan di sini ialah dari segi tumpuan, kesungguhan, kebolehan, kecekalan dan pengalaman perlu diambilkira terutamanya kepada peniaga kecil. Menceburi bidang perniagaan tanpa persiapan yang rapi hanya akan membawa kerugian kepada peniaga.
Bukan kerana nama yang diberikan membuatkan peniaga kecil tidak berjaya tetapi kerana aturan disiplin berniaga diabaikan. Walaupun dinamakan berniaga kecil-kecilan kerana kekangan masa, modal, kemampuan dan sebagainya tetapi, berniaga kecil-kecilan perlukan tumpuan yang serius. Unsur-unsur penting dalam aturan berniaga perlu dipegang bersungguh-sungguh. Memang tidak dapat dinafikan bahawa kegagalan dalam perniagaan lebih banyak melibatkan mereka yang berniaga secara kecil-kecilan daripada syarikat yang menjalankannya secara besar-besaran. Ada juga perniagaan didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh perseorangan tetapi tidak ada apa-apa perniagaan atau keuntungan yang dibuat sehinggalah tarikh pendaftaran mereka luput.
Keuntungan sememangnya menjadi matlamat utama dalam memilih jenis dan bidang perniagaan tetapi sekiranya keuntungan semata-mata diukur untuk memasuki alam perniagaan tidak memadai. Keuntungan yang diperolehi oleh seseorang dalam sesuatu jenis perniagaan tidak menjamin keuntungan yang sama berlaku ke atas orang lain. Sebagai contoh, peniaga makanan tidak perlu ghairah dengan getah dan rangkaian industri ini kerana melihat mereka yang terlibat mengaut keuntungan dengan kenaikan harga yang melambung sekarang ini. Sekiranya mereka ingin menceburinya pada waktu ini, penglibatan dana yang besar perlu disediakan dengan kos yang tinggi.
Kecenderungan untuk mendapatkan keuntungan tanpa desakan matlamat lain cenderung membuatkan peniaga cemas dan kurang cergas dalam perniagaan. Sekiranya tujuan peniaga adalah keuntungan, mereka boleh bertindak menjadi pelabur sahaja. Pelabur hanya menyuntik modal kewangan dan mengharapkan pulangan yang lumayan dalam jangkamasa tertentu. Sekiranya pelaburannya dijangkakan akan mengalami kemelesetan, mereka akan menarik keluar modal sebelum mengalami kerugian dan melabur ke dalam bidang lain pula.
Peniaga perlu berhati-hati dengan percanggahan pengaruh menukar-nukar jenis perniagaan kerana melihat orang lain maju dalam sesuatu jenis perniagaan. Pilihlah jenis perniagaan yang sesuai dengan pengalaman, kebolehan dan modal serta jangan sekali-kali membuat perniagaan dengan modal yang seratus-peratus dipinjam. Di samping itu, rancangkan perniagaan supaya ia dapat hidup subur kekal dan akan menjadi lebih besar pada masa hadapan.
Apabila kebolehan dan pengalaman telah dikaji, dengan mudah pula dapat dikatakan sejauh mana kesanggupan atau kemampuan kamu untuk menjalankan perniagaan itu. Soal wang modal akan menjadi halangan hanya jika pemilihan perniagaan tidak sesuai dengan kemampuan kewangan. Kerajaan telah mewujudkan berbagai skim bantuan untuk memajukan sesuatu bidang yang berpotensi seperti pertanian, teknologi maklumat, sains dan penyelidikan. Apa yang peniaga perlu ada ialah kekuatan dalaman ini berserta dengan usaha yang berterusan.
Kebijaksanaan mengurus perniagaan terletak kepada sejauh mana pengetahuan yang peniaga ada. Sekiranya mengurus modal, maka peruntukan pembelian barang-barang tambahan apabila perniagaan berjalan perlu ada. Ini perlu untuk menunjukkan bahawa perniagaan semakin maju. Kemampuan modal pusingan mestilah cukup untuk belanja perniagaan selama sekurang-kurannya satu tahun bagi menampung keadaan tidak untung yang dialami oleh semua perniagaan pada waktu permulaan. Jangka masa untuk mendapat keuntungan bergantung kepada jenis dan besarnya perniagaan. Semakin besar perniagaan, semakin lama mesti diperuntukan atau ditunggu sebelum mendapat keuntungan.
Memanglah payah berniaga, tetapi biar payah dahulu sebelum berjaya. Masyarakat cina yang yang berkampung di seluruh pelusuk dunia dikenali sebagai keturunan berniaga yang sanggup bersusah untuk generasi mereka yang akan datang. Perancangan dan strategi jangka panjang ini juga perlu diterapkan di dalam jiwa peniaga. Meniaga bukan sekadar untuk mencari sara hidup keluarga dan persekolahan anak tetapi untuk memartabatkan maruah bangsa dan agama dalam episod kehidupan yang akan datang. Masyarakat melayu pula yang dikenali sebagai petani dahulunya mungkin perlu menjadi petani moden yang serba mahir dan tekun dalam bidang mereka.
Memang telah banyak perniagaan gulung tikar terutamanya apabila keputusan diambil berdasarkan kajian yang singkat. Kalau kamu tengok sesebuah perniagaan berjaya di kawasan bandar dan cuba menjalankan konsep yang sama di kawasan kampung, sehingga suatu masa, perniagaan tersebut tamat riwayatnya kerana salah tempat. Tempat juga memainkan peranan penting. Kalau kamu buka kedai baikpulih kereta di bandar, kedai tersebut akan maju kalau kena caranya. Tetapi sekiranya kedai yang sama dibuka di kampung yang kebanyakan penduduknya menggunakan motosikal, maka kemajuan kedai tersebut mungkin terjejas dan akhirnya tutup kerana kurang pelanggan dan sering mengalami kerugian.
Walau dalam apa keadaan pun, penetapan harga perlu mengambil kira kos mendapatkan barangan tersebut dan kemampuan pembeli. Mengurus dan menyimpan kira-kira masuk dan keluar pengaliran wang bukan satu pengecualian. Ini penting kerana salah satu perkara yang tidak boleh diharapkan ialah ingatan manusia sebab manusia sentiasa lupa. Penulis amat bersetuju dengan pandangan Tun Dr. Mahathir yang disebutkan dalam buku beliau selari dengan kupasan ulamak-ulamak terdahulu bahawa asas perkataan 'insan' itu dari perkataan 'nasiya' iaitu bermaksud lupa.
Kira-kira amat penting sekali dalam perniagaan. Ramai peniaga kecil beranggapan kira-kira tidak penting, maka kira-kira perniagaannya tidaklah perlu ditulis. Anggapan bahawa peniaga kecil tidak perlu menyimpan kira-kira tidak betul. Samalah dengan pekerja yang mendapat pendapatan dengan cara makan gaji. Keuntungan dan kerugian atau masuk keluar wang tidak dapat ditentukan. Kadang-kadang nampak macam untung atau berlebihan tetapi selalu tidak ada wang. Umpama tidur berselimutkan kain kecil, ditarik ke atas atau ke bawah, masih ada bahagian yang tidak kena. Sekiranya dicatatkan, kamu tahu ke mana perginya wang tersebut. Perancangan untuk mengurangkan atau menambah sesuatu barang boleh dibuat dengan adanya maklumat kira-kira ini. Di setiap penghujung kira-kira, peniaga boleh menganalisa dan menilai perniagaannya sendiri serta merancang pemasaran untuk memajukan lagi perniagaannya.
Teknik pemasaran melalui iklan dan publisiti juga memainkan peranan penting. Sesuatu barang kadang-kadang sama saja tetapi pengguna cenderung menggunakan sesuatu jenama? Ini kerana kekuatan iklan atau publisiti. Berbagai teknik publisiti boleh dibuat untuk menarik pembeli. Iklan dibuat dengan cantik dan menarik dengan perbelanjaan yang tinggi. Tetapi ini semua adalah pelaburan dalam melariskan produk. Kalau dulu masyarakat kamu guna ubat guna-guna untuk melariskannya tetapi sekarang, di zaman pengetahuan ICT iklan digunakan untuk menggantikan semua ini.
Walau apa cara sekalipun, peniaga perlu sentiasa bersedia. Dalam perniagaan persaingan tidak dapat dielakkan. Persaingan memang baik untuk menjaga supaya harga barang tidak meningkat di luar munasabah dan memastikan layanan kepada pembeli tidak menjadi buruk. Bagi peniaga kecil-kecil yang baru bertapak, persaingan boleh mengancam kemajuan perniagaan dan boleh memakan diri mereka sehingga terpaksa gulung tikar. Menghadapi persaingan bukan setelah perniagaan berjalan tetapi sebelum dijalankan lagi. Tekanan persaingan inilah merupakan alasan paling kukuh untuk merancang dengan teliti. Kalau tidak dapat bersaing dan apa yang ditawarkan tidak setanding maka bersedialah untuk menunggu kedai yang tak berpengunjung.

Dipetik dari artikel IKIM

Catatan berkaitan :

1. masalah dan peluang
2. simpan kira-kira 
3. minda niaga
4. cari duit tambahan 

Jumaat, 30 Oktober 2015

Masalah dan Peluang

Kenalpasti masalah utama

Solusi dan peluang

Untung besar atau kecilkan margin

FAFR. Fast  Action Fast Result. Itu ungkapan biasa pakar2 kewangan dalam apa2 shj peluang bisnes. Contoh Hijrah Water; keluarkan produk penapis air dan produk entri yg lain utk bersaing dgn pengeluar/jenama lain yg tiada sijil Halal. Hijrah dengan sijil Halal mereka. Selesai tak masalah kamu? dah tentu.

Jadi, mudah sgt ke nak kenalpasti masalah ni? Kamu mmg dah kenal masalah sendiri, ttp bagaiman nak tahu masalah org lain. Masalah pulak bermacam jenis. Dari masalah yg lebih kearah kebendaan atau lebih subjektif? Masalah mental orang, boleh kamu tolong?

Peluang hanya wujud bila orang cerita masalah mereka kepada kamu. Kamu boleh tanya, tapi mmg kena friendly lah sikit. Pemerhatian boleh? Boleh kalau kamu pandai buat banci kehendak org ramai dan suruh mereka wajib hantar semula pendapatan dari soalan bancian yg kamu bagi. Amacam?

Kamu - boleh jadi penyelesai masalah? khidmat atau barang. orang putih cakap services or goods. Mengintai peluang dan berbisnes perlukan niat. Ikhlas nak membantu dgn tidak menindas org lain. cari untung berpada-pada bukan macam nak cari duit tambang nak pegi umrah balik hari.
Kat sinilah terdetik nak buat Islah Digital Creative ni. Bukan nak kaya tapi untuk sikit boleh la.




Khamis, 29 Oktober 2015

Bisnes dan Excel Simpan Kira-Kira

Tahukah Kamu

Keupayaan Excel

Tingkatkan kecekapan simpan kira-kira

Debit atau kredit. Entri yg biasa utk simpan kira-kira. Mudah tapi rumit jika anda tiada langsung buat simpan kira-kira. Lagi susah kalau sebelum ini tuan-tuan punya simpan kira-kira bisness tulis dalam buku 555 atau pocket notebook shj.

Sistem perakaunan berasaskan Ms Excel. Mudah dan praktikal untuk membuat akaun perniagaan. Sistem perakaunan yang berasaskan debit dan kredit (pairing).Menjana laporan kewangan dengan automatik dengan cara yang senang. Kamu diingatkan link dibawah adalah pautan ke affiliate yang mana IDC hanya tujukan untuk promosi. Abang-abang kontraktor, tuan kedai, pemilik rumah sewa, penjual burger berangkaian dan macam-macam bisnes lg. Hanya RM130 untuk memuat turun dan sedia untuk di aplikasikan. Lebih mudah ianya dlm versi bahasa Melayu. Kamu tak perlu kisah nak buat kemasukan atau merekod aliran wang tunai perniagaan. Bila dah ada untung-rugi baru boleh bayar pekerja. Betul tak?

Pernah tak dengar Amazon.com

Jualan terbesar atas talian atau online marketplace

Ceburi bidang jualan atas talian dengan Amazon.com

Kamu ketinggalan kamu yang rugi

Bagaimana,siapa dan bila nak mula.

Tengok orang bina website nampak mudah sgt, ye tak? Tak susah jika tahu mana nak mula. Tak perlulah diterangkan banyak-banyak pasal amazon.com ni. Kamu - ye kamu yang patut mulakan dulu. Tak yakin? Tak faham cakap omputih. Tak reti baca omputih. Kalau pernah bersekolah sampai form 3 pun okay, konpem boleh buat. Sila tonton video ni dulu.

Dah tengok? Faham tak? Mr Gobala tu cakap bm  je, so takde masalah kot.

Pernah termimpi nak buat bisnes online? produk apa nak pilih? pergi tengok kat amazon dulu. Bergantung juga apa minat kamu. Pilih niche yang sesuai. Jualan dalam USD, maknanya untung pun USD.

1 USD = 4.2 MYR

nah, kamu kira sendiri kalau untung USD10? Amacam. Da dapat niche yang sesuai?
nantikan tips (di kemaskini dalam catatan ini) dari islahdigitalcreative bagi kamu yang tercari-cari info.


1. carian niche 
2. hebahan laman/website niche 
3. bermula dan berpegang kpd 1,2 niche shj

Selasa, 27 Oktober 2015

Akhirnya international dropship tiba

Dropship sepasang headset dari Focal Price

Terima Kasih abg POS Malaysia

Tiada seterusnya jika tiada permulaan

Dropship dari China dah sampai pada 21/10/2015. Sepasang fon kepala (headphone) bluetooth warna hitam.  Kalo nak compare dgn BEATS by Dr. Dre mmg tak setara la. Boleh la, kalo kat Lazada pon RM119 gak dorang letak.




Okay.

IslahDigitalCreative diasaskan untuk memberi khidmat sbg orang tengah bagi mereka yang mencari sumber produk untuk dipasarkan secara peruncitan ataupun pukal (max 30 unit dalam satu belian). Urusniaga hanya berlaku dalam matawang Dollar U.S sahaja.

Usahasama yang sudah ada antara Islah Digital Creative dengan:

  • Focalprice.com
  • DealExtreme.com
Mereka tersebut adalah vendor2 yang dipilih berdasarkan produk yang mereka tawarkan dan yg hanya berkaitan dgn jenis perniagaan IDC semata-mata.


Isnin, 12 Oktober 2015

Jangan Biar Jadi Mangsa Scammer

Fraud - Scam Handset Murah

Tawarkan harga murah konon barang rampasan Kastam Di Raja Malaysia

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tak Berguna

Taktik mereka : hantar SMS secara rawak.
Sasaran : penerima SMS
Kandungan :
"Maaf mengganggu,sekadar bertanya samada berminat dgn hp dan laptop rampasan dan top up kad separuh hrg sila call/sms 0198608536"
Masa : 4.48 am/Tarikh : 6/10/2015


Then friend of mine pun return dia punya sms, tnya status psl barang offer diorang ni and then liciknya dorang explain by sms

"Maaf sebenar barang ni adalah barang rampasan kastam yang tak bayar cukai dan belum lagi di buka tender..barang ni bukan jual secara terbuka hanya pegawai dan kakitangan shj..kalu encik/cik berminat dgn barang ni kami akan hantar barang ke alamat oleh despatch. pembayaran kami melalui bank"

kandungan SMS pasal barang2 dan harga  fake offer tu :

iphone6+ - 1200
iphone5s - 900
iphone4s - 800
mini ipad - 750
ipad3 - 650
samsung s6 - 1350
samsung s5 - 1200
samsung s4 - 950
dan banyak lg..

alkisahnya selanjutnya bersambung, tapi penipuan terjadi sbb kawan saya terlalu terpukau dgn tawaran mereka ni. Dan, dia tak tahu KDRM tak buat jualan melalui pihak ketiga.

baik sambung cerita...

My friend nak 2 brg je which I believed Dell laptop (model Vostro) dan Oppo N3 phone. Total RM1800. Then this scammer sms dpt diskaun jd harga dropped to RM1260. If my friend pay in full that day dpt free gift lagi...boleh pilih...wow jaw-dropping offer! jeng-jeng-jeng then dia mintak Sony Z2. Dari sini lah mula drama scammer nih...

"Kami terpack sekali Iphone6 dalam pakej by despatch krew dan pegawai tu tahu kami jual murah pada buyer, so dia nak harga asal RM1800 sbb terpack item + free-gift"

kronologi-->

tarikh : 7/10/15
masa : 3:46pm
deposit pertama : RM630
objektif : minta deposit dan scammer nak tengok perangkap mengena atau tidak
alasan : pegawai dalaman minta deposit bertujuan untuk order commitment
tindakan my friend : deposit ke BSN melalui
  • CDM : 1016641000014031
  • pemilik : (Tn.) Mohd Azizul 

tarikh : 8/10/15
masa : 7:56pm
deposit pertama : RM630
objektif : minta full payment sbb ptg tu jugak nak hantar barang
alasan : pegawai dalaman minta sbb perlu buat fulfillment record
tindakan my friend : deposit ke BSN melalui
  • CDM : 1016641000014031
  • pemilik : (Tn.) Mohd Azizul


selepas deposit ke-2 tu my friend da rasa dah kena game, selang berapa minit bank-in da tau brapa masuk. immediately dorang call kata, nape RM1200 je, kalo nak kami keluarkan barang kena pay RM1800.

Kompem kena game!!

Lps tu si caller ni tadi anta la MMS, konon I.C dan lesen dia. "Sumpah kami tak tipu, barang da ready, kalo tak kami KIV dulu.

Alamak camne ni member aku ni mengadu masa tu, aku pun tak tau ujung pangkal citer.

Sudahnya, aku gak yang jd mangsa tolong dia, burn RM500 dan dia tokok lagi Rm200. Sampai kesudah barang pun tarak.

Apakah Ia Minda Bisnes?

Berniaga dan Minda Orang Berniaga

Keputusan dan asbab memulakan perniagaan



Memulakan perniagaan bukan suatu yang mudah. Satu pengorbanan demi satu pengorbanan perlu dilakukan. Wang, tenaga, masa, buah fikiran, keluarga, sahabat termasuk masyarakat yg berada di sekeliling anda mesti sentiasa berada dalam kotak fikiran anda. Sekirannya aku berniaga, mampukah aku sediakan semua ni dan manfaat yang aku boleh bagi. Putting up a business means everything.

Orang yang nak berniaga perlu menyediakan diri untuk sebarang kemungkinan. Berniaga bukan semata-mata kerna duit dan nak kaya, ttp dengan berniaga jg menjalin dan keberkaitan hubungan dgn orang di sekeliling anda. Orang yang nak berniaga perlu ada pakej termasuklah memiliki sikap dan minda berniaga. Minda yg sentiasa positif keatas apa yang sudah dan akan berlaku terhadap perniagaan anda. Setiap perniagaan ada jatuh dan bangunnya dan pada masa inilah minda orang berniaga diuji untuk melihat sejauh mana ketajaman fikiran mereka dan keberanian merencana dan mengeksplotasi keadaan bergantung kepada strategi spt yang dirancangkan.


Membuat keputusan. Orang berniaga perlu membuat keputusan yg tepat antara pilihan yg ada. Keputusan anda penentu bagaimana perniagaan anda harus bermula. Jangan bertindak membabi-buta seperti membuat keputusan untuk terus berhenti kerja apabila anda nampak peluang-tapi takde ilmu berniaga. Orang nak berniaga perlukan "Why"...Misi dan matlamat anda berniaga.

Ingat the BIG "WHY"..wassalam

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bisnes Tanpa Modal Hype atau Realiti

Wujudkah bisnes tanpa modal.

Bagaimana bisnes tanpa modal?

RM90 boleh? Atau modal air liur je?

Setiap perniagaan perlukan modal biar pun dalam jumlah yg minimal. Model keusahawanan yang patut dicontohi spt En Saiful Nang (penulis buku "Kisah Orang Menang" dan founder Saiful Nang Academy). Beliau menginspirasikan perniagaannya dari idol-idol beliau yang termasyhur - tak perlu disebutkan di sini. Tamat.

Jadi, dah dapatkan buku beliau? Pergi cepat, kedai Popular (POPULAR BOOKSTORE) pun ada.

Bagaimana dgn Islah Digital Creative? Bermodalkan RM70.60 untuk pendaftaran dgn SSM. Lagi sikit!! :)

Anda ada barang boleh jual. Anda ada servis boleh jual. Anda ada idea pun boleh jual. Tapi bagaimana nak ketengahkan apa pun yg kita ada untuk orang beli? Nak print flyers yang pertama (salinan asal) pun modal gak tu belum nak modal beli printer ink (kalo ink hitam printer HP kod 21 pun da RM60). Logik ke? Nak buat blog pun modal gak, internet takyah bayar ke? Free WiFi kot....

Ahad, 30 Ogos 2015

Viral Tone Excel Masyuk

ToneExel Betul-betul Excel ke?

Bisnes TopUp mudah murah

tapi Halal-nya camne?

Ada kenalan saya promot bisnes ni katanya jimat lagi menguntungkan. Camne tu ye? Recurring passive income as what 'they' claimed. Who are 'they'?

The 3 levels have a structural referral earnings payout system as below:-
  • 6% referral earnings of your 1st level / direct referrals' topup value everytime 
  • 3% referral earnings of your 2nd level referrals' topup value everytime
  • 11% referral earnings of your 3rd level referrals' topup value everytime
  • They Join, You Get Paid.
  • They Top Up, You Get Paid. 
  • They Refer Others, You Get Paid. 
  • You Top Up, You Get Paid Too.
Sure lepas ni seluruh blogosphere kutuk aku pasal plagiarism(nak tau maksud Google jer) pasal cut&paste dari website dorang :)

Update 16/9/2015 (Jam 2:08 pagi)

Aku baru join bisnes TE(Tone Excel). Tinggal di kampung dengan membuat kerja kampung ambil upah sana-sini, memang perit bagi manusia yang dah lama tak buat kerja lasak. Dapat tak seberapa. Lampin anak je dah RM20++ *  2 = berapa tu sendiri kira.

Rokok pun da jarang isap, dah boleh berhenti. Harga mahal, sakit dada. Bagi belanja anak sekolah lagi baik.

Stop merepek.

Dari lembaran 'TOP SECRET' yg aku baca tadi, pelan perniagaan yang menarik, ajak orang guna Tone Excel, tinggalkan talian lama yang tak memulangkan apa-apa. TopUp minima sebanyak RM60 sebulan, dapat 1GB data percuma.

Berminat? Boleh juga isikan borang kuning (order form) tapi letak dalam remarks, "Saya nak kad sim TE"

Update 25//9/2015 (Jam 9:45 pagi)

Saya miliki laman replika yang saya pohon untuk tujuan promosi,  sudi-sudikankan melawat laman ini. Klik disini.

"Work Less Make More" 

Khamis, 23 Julai 2015

Apartment Untuk Di Sewa Taman Bukit Serdang

Saya tuan milik apartment dgn keluasan 1043sqf di Villa Pavilion Apartment Taman Bukit Serdang. Jika berminat sila hubungi 0126950498/0122090498.

Lima minit ke LRT Bukit Jalil & Sri Petaling, 10 minit ke Mines Shopping Mall (thru congested traffic), 20 mins or less ke UPM/Bandar Baru Bangi/UKM,Uniten, local banks training centre, Alamanda, Putrajaya.

RM1200/month boleh runding. Sesuai untuk keluarga, pelajar.
Bagi yang berminat untuk tempat bermalam juga boleh pada kadar RM500 (5hari/4malam).

Kemudahan:

3 bilik tidur 2 bilik air
1 tv 21inchi
1 heater shower(master bedroom)
1 penghawa dingin(master bedroom)
1 hood (memasak)
2 kipas ruang ramu
1 kipas setiap bilik
1 cerek elektrik
1 open parking berdekatan
1 almari pakaian
1 meja tulis+book shelf
1 kabinet dapur
gelas & cawan untuk minum
platters

Nota:dapur bawa sendiri - dapur gas tidak dibenarkan. Katil,tilam dan bantal tidak disediakan.


Sabtu, 11 Julai 2015

Cara mudah dapatkan duit tambahan

Ramai yang sudah berjaya dan mereka sudah lama melakukannya

Cari duit tambahan. Kenapa tidak saya@kamu? 

Saya dan kamu takut. Takut untuk gagal. Rugi masa rugi wang. Jangan fikir-fikir lagi. Ini masa untuk lihat kehadapan.

Apa dan bagaimana mereka ini boleh berjaya? Untung besarkah? atau sikit tapi berdikit-dikit? Jual barang? Cari prospek? Penat badan? Letih tunggu?

Nak tahu? Ini senarainya

1. dropship
2. affiliate (offlline/online)
3. jual kemahiran dan bakat luar bidang
4. kerja bebas (freelance) - kepakaran khusus
5. MLM (multi-level marketing)
6. berniaga pasar malam
7. part-time home tutor
8. jurulatih RC-drone
9. Forex
10. ejen insuran & takaful
11. internet marketer/peniaga atas talian (updated:17/8/15)


Bukan kegemaran saya sebab tiada cara khusus untuk mempromosi barang-barang jualan yang tidak ada dalam simpanan anda. Anda ada hanya gambar atau imej, tiada trial produk fizikal, anda hanya ada harga yang sudah ditetapkan oleh pemborong. Berikut serba sedikit yang anda perlu tahu:

1. Anda tak simpan barang cuma  sebagai orang tengah atau penjual sahaja. Jika ada permintaan/tempahan, vendor,pengeluar,pemukal yang uruskan penghantaran selain segala urusan jual-beli anda dengan pembeli. Anda peroleh komisen tetap dari jualan anda.
2. Anda tentukan keuntungan jualan. Maknanya anda perlu letak target sendiri tiap-tiap bulan untuk iincome bulanan.
3. Jangan memandai-mandai dan promote produk yang tiada pada pembekal.


Affiliate

Saya istilahkan ikut terma sendiri ye, affiliate publisher. Kurangnya click-thru bermakna kurang jualan. Banyak program affiliate camni dari dalam dan luar negara, antaranya yang popular seperti ashadee.com dan Shareasale.com.
Promosikan produk mereka, tatalkan referring links dalam laman website anda sendiri, facebook fanpage, etc.

Pastikan anda pilih tidak lebih dari 2 niche untuk memudahkan anda membuat sales tracking dan menentukan komisen dari target sales anda.
Fitbit Flex Activity + Sleep Wristband

Bakat dan kemahiran luar bidang

Bukan semua sedia membuat pilihan ini. Malah saya pun. Kemahiran perlu diasah dari bakat semulajadi anda. Katakan anda programmer, tetapi berbakat dalam bidang lakaran hiasan dalaman atau fesyen pakaian sukan, dsbg. Perlukah anda bergantung sepenuhnya pada profession  anda sekarang yang bergaji tetap dan lebih secure?.
Saya tidak tahu berapa yang mampu diperoleh dari menjual karya sendiri kepada vendor yang berkaitan. Bayangkan jika idea-idea ini diterima oleh jenama terkenal jika satu rekaan memberi pulangan dalam julat RM10<idea anda<RM1K, banyakkan tu?

Seperti saya, juga bekas programmer tapi memilih untuk tidak memilih pendapatan sampingan dengan merekabentuk/cipta permainan komputer/smartphone tapi merekabentuk rumah impian dengan kos sederhana (dibawah RM100,000 dan berkeluasan sederhana) untuk milikan orang yang tinggal dikampung dengan Islah Business (belum didaftarkan dengan SSM). InshaAllah, akan dikembang sehingga menjadi kontraktor kelas F suatu hari nanti jika diizinkanNya.

Pelbagai yang anda boleh usahakan dari bakat anda. Antara lainnya adalah sebagai;

  • penulis artikel di majalah terkemuka seperti Forbes, Hufftington Post dsbg
  • guest author/blogger bg blog yang masyhur dan terkenal
  • pencipta permainan maya seperti permainan mudahalih sistem android
dan senarai diatas akan saya panjangkan sekiranya tulisan saya ini secara tak langsung membantu.

Freelance - kepakaran khusus

Buat apa yang anda suka. Anda bergantung sepenuhnya kepada kemahiran anda yang satu ni. Biar apa pun ia, ia perlu dikembangkan. Luaskan kuasamu, bak kata orang Johor. Katakan selama ini anda bertugas sebagai pembantu pengstoran/pergudangan/penyimpan rekod inventori, pasang cita-cita membina empayar sendiri mulakan syarikat secara kecil-kecilan dulu. Iklankan perusahaan anda. Banyak cara membuat promosi cth facebook, mudah.com, cari.my,majalah.com,twitter,instagram.
Tawarkan harga setimpal dgn usia bisnes anda. Wujudkan jaringan usahasama dulu sebelum bisnes anda open to public.

MLM (multi-level marketing)

Ramai jutawan lahir dari business ini walaupun produk mereka stereotype janji masyuk...
Anda pandai 'umpan' kawan-kawan,saudara-mara,jiran tetangga, qariah masjid,facebook friend atau macam2 jenis kenalan,anda tak rugi. Lagi ramai yang join lagi banyak komisen lagi cepat kaya. Ada upline ada downline. Downline 0 sale upline turns sewel..hahaha.
Dengan konsep/prinsip bantu-membantu, bisnes yang memang boleh buat duit. Downline yang tolong 'cetak'kan. 'Plak' cetak duit ada pd mereka. Biar anda jujur dalam bisnes ni, harga biar berpatutan,produk memang beri manfaat. 

Ingatan : buat research & homework terlebih dulu. Yang penting Halal&Thayyiba.

Berniaga dipasar malam

Cara jujur yang paling mudah untuk senang tapi berdikit-dikit. bersambung

Jual apa sahaja dari makanan hingga permainan kanak-kanak pasti ada yang beli. Lihat sahaja uptown/downtown di bandar-bandar popular spt Shah Alam, Bandar Tun Razak Cheras. Tetapkan harga barangan pd harga mampu/murah supaya dpt wujudkan persaingan. Bg yang minat nak jual pakaian wanita/garments pastikan anda dpt sourcing dari pembekal yang betul. Kebiasaannya material/produk dr China, negara Indo-China.

Part-time tutor/home-tutor

Terer English, Maths, Science, B.Melayu ialah key-strength dan juga bonus. Anak-anak Melayu lemah subjek2 ni, termasuk la saya  time  sekolah dulu. Intai peluang, agak-agak ibubapa jenis yang liat bayar yuran yang sekolah minta, baik jangan. Melainkan anda ikhlas, buat semata-mata niat nak bantu bukan wang. Kalau anda budak degree dan keatas ambil pelajar sekolah menengah, kalau diploma, budak sekolah rendah jelah. Caj yuran serendah mungkin kalau tinggal dikampung.

Jurulatih RC-drone
Di Malaysia, peminat aktiviti penerbangan drone (RC=remote-controlled) kian bertambah. Nak bagitahu kat sini bukan pasal drone yang digunakan untuk perisikan dalam peperangan/sengketa antara negara tu; sebelum ada fikir yg bukan-bukan. Namun setiap satu model drone dijual di Malaysia pd harga yg mahal, itu belum masuk cukai airport, kastam dan GST. Bg yg minat jd jurulatih tak bertauliah boleh mulakan dgn berjinak2 dulu.

Forex

Little doubt or many over this choice. Halal or Haram. Di Malaysia banyak program forex yg biasa kita dengar, salah satunya dari wadiahtrading.com. Ada pihak yang cuba mengexploitasi keadaan di mana semua warga yg 'kerja cari makan'  bergelut dengan kekangan kewangan akibat dari belanja harian yg tinggi & kos sara hidup yang melambung. Sejauh mana kukuhnya institusi/pihak yang menjalankan perdagangan forex ini, tak siapa yg tau. Pulangannya pula bagaimana? Tepuk dada tanya iman.

Ejen Insuran & Takaful

Ramai yang tak berminat dengan produk perlindungan tapi masih menjanjikan pulangan jika usaha dan komitmen anda berterusan. Kepada pelanggan insuran mahupun takaful merupakan 'life jacket' atau 'safety net' bila musibah menimpa tapi kepada ejen, jangan jadikan penjualan skim/pakej anda semata-mata mahu untung dan cepat kaya.

Peniaga Atas Talian

Anda biasa terbaca atau terdengar usahawan mengusahakan perniagaan dari rumah spt yg dipaparkan dalam slot program TV antaranya slot inspirasi blogger, SIS. Apa yang membuatkan kita berbeza dgn mereka, keberanian. Buat research sendiri, banyakkan hoomework ttg competitor.

Apa-apa pun yang anda nak usahakan perlukan ilmu. Cari mentor, internet marketing guru dsbg.