Jumaat, 30 Oktober 2015

Masalah dan Peluang

Kenalpasti masalah utama

Solusi dan peluang

Untung besar atau kecilkan margin

FAFR. Fast  Action Fast Result. Itu ungkapan biasa pakar2 kewangan dalam apa2 shj peluang bisnes. Contoh Hijrah Water; keluarkan produk penapis air dan produk entri yg lain utk bersaing dgn pengeluar/jenama lain yg tiada sijil Halal. Hijrah dengan sijil Halal mereka. Selesai tak masalah kamu? dah tentu.

Jadi, mudah sgt ke nak kenalpasti masalah ni? Kamu mmg dah kenal masalah sendiri, ttp bagaiman nak tahu masalah org lain. Masalah pulak bermacam jenis. Dari masalah yg lebih kearah kebendaan atau lebih subjektif? Masalah mental orang, boleh kamu tolong?

Peluang hanya wujud bila orang cerita masalah mereka kepada kamu. Kamu boleh tanya, tapi mmg kena friendly lah sikit. Pemerhatian boleh? Boleh kalau kamu pandai buat banci kehendak org ramai dan suruh mereka wajib hantar semula pendapatan dari soalan bancian yg kamu bagi. Amacam?

Kamu - boleh jadi penyelesai masalah? khidmat atau barang. orang putih cakap services or goods. Mengintai peluang dan berbisnes perlukan niat. Ikhlas nak membantu dgn tidak menindas org lain. cari untung berpada-pada bukan macam nak cari duit tambang nak pegi umrah balik hari.
Kat sinilah terdetik nak buat Islah Digital Creative ni. Bukan nak kaya tapi untuk sikit boleh la.




Khamis, 29 Oktober 2015

Bisnes dan Excel Simpan Kira-Kira

Tahukah Kamu

Keupayaan Excel

Tingkatkan kecekapan simpan kira-kira

Debit atau kredit. Entri yg biasa utk simpan kira-kira. Mudah tapi rumit jika anda tiada langsung buat simpan kira-kira. Lagi susah kalau sebelum ini tuan-tuan punya simpan kira-kira bisness tulis dalam buku 555 atau pocket notebook shj.

Sistem perakaunan berasaskan Ms Excel. Mudah dan praktikal untuk membuat akaun perniagaan. Sistem perakaunan yang berasaskan debit dan kredit (pairing).Menjana laporan kewangan dengan automatik dengan cara yang senang. Kamu diingatkan link dibawah adalah pautan ke affiliate yang mana IDC hanya tujukan untuk promosi. Abang-abang kontraktor, tuan kedai, pemilik rumah sewa, penjual burger berangkaian dan macam-macam bisnes lg. Hanya RM130 untuk memuat turun dan sedia untuk di aplikasikan. Lebih mudah ianya dlm versi bahasa Melayu. Kamu tak perlu kisah nak buat kemasukan atau merekod aliran wang tunai perniagaan. Bila dah ada untung-rugi baru boleh bayar pekerja. Betul tak?

Pernah tak dengar Amazon.com

Jualan terbesar atas talian atau online marketplace

Ceburi bidang jualan atas talian dengan Amazon.com

Kamu ketinggalan kamu yang rugi

Bagaimana,siapa dan bila nak mula.

Tengok orang bina website nampak mudah sgt, ye tak? Tak susah jika tahu mana nak mula. Tak perlulah diterangkan banyak-banyak pasal amazon.com ni. Kamu - ye kamu yang patut mulakan dulu. Tak yakin? Tak faham cakap omputih. Tak reti baca omputih. Kalau pernah bersekolah sampai form 3 pun okay, konpem boleh buat. Sila tonton video ni dulu.

Dah tengok? Faham tak? Mr Gobala tu cakap bm  je, so takde masalah kot.

Pernah termimpi nak buat bisnes online? produk apa nak pilih? pergi tengok kat amazon dulu. Bergantung juga apa minat kamu. Pilih niche yang sesuai. Jualan dalam USD, maknanya untung pun USD.

1 USD = 4.2 MYR

nah, kamu kira sendiri kalau untung USD10? Amacam. Da dapat niche yang sesuai?
nantikan tips (di kemaskini dalam catatan ini) dari islahdigitalcreative bagi kamu yang tercari-cari info.


1. carian niche 
2. hebahan laman/website niche 
3. bermula dan berpegang kpd 1,2 niche shj

Selasa, 27 Oktober 2015

Akhirnya international dropship tiba

Dropship sepasang headset dari Focal Price

Terima Kasih abg POS Malaysia

Tiada seterusnya jika tiada permulaan

Dropship dari China dah sampai pada 21/10/2015. Sepasang fon kepala (headphone) bluetooth warna hitam.  Kalo nak compare dgn BEATS by Dr. Dre mmg tak setara la. Boleh la, kalo kat Lazada pon RM119 gak dorang letak.




Okay.

IslahDigitalCreative diasaskan untuk memberi khidmat sbg orang tengah bagi mereka yang mencari sumber produk untuk dipasarkan secara peruncitan ataupun pukal (max 30 unit dalam satu belian). Urusniaga hanya berlaku dalam matawang Dollar U.S sahaja.

Usahasama yang sudah ada antara Islah Digital Creative dengan:

  • Focalprice.com
  • DealExtreme.com
Mereka tersebut adalah vendor2 yang dipilih berdasarkan produk yang mereka tawarkan dan yg hanya berkaitan dgn jenis perniagaan IDC semata-mata.


Isnin, 12 Oktober 2015

Jangan Biar Jadi Mangsa Scammer

Fraud - Scam Handset Murah

Tawarkan harga murah konon barang rampasan Kastam Di Raja Malaysia

Sesal Dahulu Pendapatan Sesal Kemudian Tak Berguna

Taktik mereka : hantar SMS secara rawak.
Sasaran : penerima SMS
Kandungan :
"Maaf mengganggu,sekadar bertanya samada berminat dgn hp dan laptop rampasan dan top up kad separuh hrg sila call/sms 0198608536"
Masa : 4.48 am/Tarikh : 6/10/2015


Then friend of mine pun return dia punya sms, tnya status psl barang offer diorang ni and then liciknya dorang explain by sms

"Maaf sebenar barang ni adalah barang rampasan kastam yang tak bayar cukai dan belum lagi di buka tender..barang ni bukan jual secara terbuka hanya pegawai dan kakitangan shj..kalu encik/cik berminat dgn barang ni kami akan hantar barang ke alamat oleh despatch. pembayaran kami melalui bank"

kandungan SMS pasal barang2 dan harga  fake offer tu :

iphone6+ - 1200
iphone5s - 900
iphone4s - 800
mini ipad - 750
ipad3 - 650
samsung s6 - 1350
samsung s5 - 1200
samsung s4 - 950
dan banyak lg..

alkisahnya selanjutnya bersambung, tapi penipuan terjadi sbb kawan saya terlalu terpukau dgn tawaran mereka ni. Dan, dia tak tahu KDRM tak buat jualan melalui pihak ketiga.

baik sambung cerita...

My friend nak 2 brg je which I believed Dell laptop (model Vostro) dan Oppo N3 phone. Total RM1800. Then this scammer sms dpt diskaun jd harga dropped to RM1260. If my friend pay in full that day dpt free gift lagi...boleh pilih...wow jaw-dropping offer! jeng-jeng-jeng then dia mintak Sony Z2. Dari sini lah mula drama scammer nih...

"Kami terpack sekali Iphone6 dalam pakej by despatch krew dan pegawai tu tahu kami jual murah pada buyer, so dia nak harga asal RM1800 sbb terpack item + free-gift"

kronologi-->

tarikh : 7/10/15
masa : 3:46pm
deposit pertama : RM630
objektif : minta deposit dan scammer nak tengok perangkap mengena atau tidak
alasan : pegawai dalaman minta deposit bertujuan untuk order commitment
tindakan my friend : deposit ke BSN melalui
  • CDM : 1016641000014031
  • pemilik : (Tn.) Mohd Azizul 

tarikh : 8/10/15
masa : 7:56pm
deposit pertama : RM630
objektif : minta full payment sbb ptg tu jugak nak hantar barang
alasan : pegawai dalaman minta sbb perlu buat fulfillment record
tindakan my friend : deposit ke BSN melalui
  • CDM : 1016641000014031
  • pemilik : (Tn.) Mohd Azizul


selepas deposit ke-2 tu my friend da rasa dah kena game, selang berapa minit bank-in da tau brapa masuk. immediately dorang call kata, nape RM1200 je, kalo nak kami keluarkan barang kena pay RM1800.

Kompem kena game!!

Lps tu si caller ni tadi anta la MMS, konon I.C dan lesen dia. "Sumpah kami tak tipu, barang da ready, kalo tak kami KIV dulu.

Alamak camne ni member aku ni mengadu masa tu, aku pun tak tau ujung pangkal citer.

Sudahnya, aku gak yang jd mangsa tolong dia, burn RM500 dan dia tokok lagi Rm200. Sampai kesudah barang pun tarak.

Apakah Ia Minda Bisnes?

Berniaga dan Minda Orang Berniaga

Keputusan dan asbab memulakan perniagaan



Memulakan perniagaan bukan suatu yang mudah. Satu pengorbanan demi satu pengorbanan perlu dilakukan. Wang, tenaga, masa, buah fikiran, keluarga, sahabat termasuk masyarakat yg berada di sekeliling anda mesti sentiasa berada dalam kotak fikiran anda. Sekirannya aku berniaga, mampukah aku sediakan semua ni dan manfaat yang aku boleh bagi. Putting up a business means everything.

Orang yang nak berniaga perlu menyediakan diri untuk sebarang kemungkinan. Berniaga bukan semata-mata kerna duit dan nak kaya, ttp dengan berniaga jg menjalin dan keberkaitan hubungan dgn orang di sekeliling anda. Orang yang nak berniaga perlu ada pakej termasuklah memiliki sikap dan minda berniaga. Minda yg sentiasa positif keatas apa yang sudah dan akan berlaku terhadap perniagaan anda. Setiap perniagaan ada jatuh dan bangunnya dan pada masa inilah minda orang berniaga diuji untuk melihat sejauh mana ketajaman fikiran mereka dan keberanian merencana dan mengeksplotasi keadaan bergantung kepada strategi spt yang dirancangkan.


Membuat keputusan. Orang berniaga perlu membuat keputusan yg tepat antara pilihan yg ada. Keputusan anda penentu bagaimana perniagaan anda harus bermula. Jangan bertindak membabi-buta seperti membuat keputusan untuk terus berhenti kerja apabila anda nampak peluang-tapi takde ilmu berniaga. Orang nak berniaga perlukan "Why"...Misi dan matlamat anda berniaga.

Ingat the BIG "WHY"..wassalam

Jumaat, 9 Oktober 2015

Bisnes Tanpa Modal Hype atau Realiti

Wujudkah bisnes tanpa modal.

Bagaimana bisnes tanpa modal?

RM90 boleh? Atau modal air liur je?

Setiap perniagaan perlukan modal biar pun dalam jumlah yg minimal. Model keusahawanan yang patut dicontohi spt En Saiful Nang (penulis buku "Kisah Orang Menang" dan founder Saiful Nang Academy). Beliau menginspirasikan perniagaannya dari idol-idol beliau yang termasyhur - tak perlu disebutkan di sini. Tamat.

Jadi, dah dapatkan buku beliau? Pergi cepat, kedai Popular (POPULAR BOOKSTORE) pun ada.

Bagaimana dgn Islah Digital Creative? Bermodalkan RM70.60 untuk pendaftaran dgn SSM. Lagi sikit!! :)

Anda ada barang boleh jual. Anda ada servis boleh jual. Anda ada idea pun boleh jual. Tapi bagaimana nak ketengahkan apa pun yg kita ada untuk orang beli? Nak print flyers yang pertama (salinan asal) pun modal gak tu belum nak modal beli printer ink (kalo ink hitam printer HP kod 21 pun da RM60). Logik ke? Nak buat blog pun modal gak, internet takyah bayar ke? Free WiFi kot....