Isnin, 12 Oktober 2015

Apakah Ia Minda Bisnes?

Berniaga dan Minda Orang Berniaga

Keputusan dan asbab memulakan perniagaan



Memulakan perniagaan bukan suatu yang mudah. Satu pengorbanan demi satu pengorbanan perlu dilakukan. Wang, tenaga, masa, buah fikiran, keluarga, sahabat termasuk masyarakat yg berada di sekeliling anda mesti sentiasa berada dalam kotak fikiran anda. Sekirannya aku berniaga, mampukah aku sediakan semua ni dan manfaat yang aku boleh bagi. Putting up a business means everything.

Orang yang nak berniaga perlu menyediakan diri untuk sebarang kemungkinan. Berniaga bukan semata-mata kerna duit dan nak kaya, ttp dengan berniaga jg menjalin dan keberkaitan hubungan dgn orang di sekeliling anda. Orang yang nak berniaga perlu ada pakej termasuklah memiliki sikap dan minda berniaga. Minda yg sentiasa positif keatas apa yang sudah dan akan berlaku terhadap perniagaan anda. Setiap perniagaan ada jatuh dan bangunnya dan pada masa inilah minda orang berniaga diuji untuk melihat sejauh mana ketajaman fikiran mereka dan keberanian merencana dan mengeksplotasi keadaan bergantung kepada strategi spt yang dirancangkan.


Membuat keputusan. Orang berniaga perlu membuat keputusan yg tepat antara pilihan yg ada. Keputusan anda penentu bagaimana perniagaan anda harus bermula. Jangan bertindak membabi-buta seperti membuat keputusan untuk terus berhenti kerja apabila anda nampak peluang-tapi takde ilmu berniaga. Orang nak berniaga perlukan "Why"...Misi dan matlamat anda berniaga.

Ingat the BIG "WHY"..wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan