Islah Digital Creative
Realisasikan Idea
Reka dan bina
Dapur.
Dapur yg tidak berasap sentiasa kemas, cantik dan tersusun contoh dapur unit showroom. Manakala yg satu lagi susah nak didefinisikan tapi jelas yang nyata berguna semasa duit gaji dah berkurang, sunyi sepi kalau baru lepas dapat gaji.
Itulah lumrah orang makan gaji. Kita sambung perihal dapur ni.
Tempat atau bahagian yang paling sinonim dan fokus utama tukang masak samada rumah, restoran mahupun hotel. Work triangle atau segitiga kerja perlu diberi perhatian kerana di sinilah petunjuk segala kerja dapur itu tersusun, terurus dan lancar dibantu dengan susun-atur yang baik merangkumi keletakan dan kedudukan perkakasan memasak, cooktop, sinki, peti sejuk dan meja makan.
Ruang aliran laluan kerja juga amat penting. Ruang dapur yang kecil dan sempit amat memerlukan sistem pengaliran udara yang baik.Pemilihan konsep yang sesuai dapat mengelakkan “kesesakan ruang” daripada berlaku. Untuk menyiapkan makan tengahari sahaja, tak kira siapa yang melaksanakan tugas tersebut, pasti akan berulang-alik dari petisejuk ke sinki dan ke cooktop. Ruang dapur yang sempit pasti tak boleh menempatkan meja makan sekalipun meja bersaiz untuk 4 orang.
Konsep yang biasa dipilih adalah ‘island’ – kebiasaannya berfungsi sebagai tempat untuk menyediakan dan mencuci bahan masakan. Sediakan kerusi untuk anak,pasangan atau teman untuk menemani anda semasa memasak.
Nasihat saya asingkan dining table dari ruang dapur supaya bau yang tidak enak dari dapur tidak memutuskan selera anda.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan