Jumaat, 22 Januari 2016

Pengenalan Islah Digital Creative - About Me

Islah Digital Creative - Khidmat Rakan Perniagaan dan Freelance

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada pengunjung,
Pertama sekali jangan pergi dari laman ini sekiranya enjin carian senaraikan untuk anda di muka 1.

     Islah Digital Creative yang selepas ini akan dikenali sebagai "Islah IDC" adalah sebuah perniagaan milik seorang bekas perunding IT yang pernah berkhidmat selama 6 tahun lebih dengan syarikat perunding IT warga tempatan berbangsa Cina yang bertempat di MidValley, KL.

     Atas dasar dan semangat ingin lebih maju dalam bidang teknologi IT yang lebih dipelopori oleh bangsa bukan Melayu di Malaysia, maka Islah IDC ingin cuba menjadi sebahagian dari mereka yang telah lama bertapak dan yang telah lama menjadi dari sebahagian pemegang marketshares;kecil mahupun besar.

     Melihat kepada situasi pasaran pembekal dan penyedia perkhidmatan IT sekarang, syarikat atau pun perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh warga bumiputera adalah amat sedikit. Dan jika ada, syarikat-syarikat ini telah menguasai dan memenuhi keseluruhan permintaan dari aspek pembekalan dan juga penyediaan apa jua bentuk keperluan dari pihak yang berkenaan di suatu masa dan lokasi.

    


     Sebelum ini Islah IDC memilih blog sebagai cara menyebarkan info perniagaannya melalui getmesomethingplease.blogspot.my, dan kemudian merasakan ianya kurang bersesuaian kerana ia lebih bersifat retailer atau reseller walhal pada dasarnya, produk yang dipaparkan adalah sebahagian dari jual-beli sampingan semata-mata.

     Fokus utama Islah IDC adalah sebagai penyedia khidmat pengaturcaraan dan juga penyedia bahan interaktif; contoh seperti paparan info masjid.

     Tuan-tuan dan puan-puan, Islah IDC bukan sekadar perunding media digital anda bahkan ejen sah syarikat pengeluar penapis air bumiputera pertama di Malaysia ; Hijrah Water Sdn Bhd yang telah memenangi pelbagai anugerah peringkat kebangsaan antaranya ITEX 2014 dan PECIPTA 2015. Layari laman servesyoubetter.blogspot.my untuk maklumat ringkas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan